Monday, 30 September 2013

Pancing Udang Sg Selangor

Tanggal 28hb Sept 2013, atau ikut bulan Islam bersamaan 22 Zulkaedah saya bersama rakan sejawat dan abang ipar saya meluang masa cuti hari minggu memancing udang di Sg Selangor melalui jeti Pasir Penambang berhampiran jambatan yg merentas sungai dari arah Pekan Kuala Selangor, Kami biasanya telah awal-awal menempah bot dengan pemilik bot bernama Pak Mail, beliau mempunyai lebih 8 bot jika tidak salah, setiap hari minggu jika keaadaan air sungai yang sesuai iaitu tidak waktu pasang besar ramai yg menempah bot Pak Mail ni, jadi untuk mengelak tidak dapat bot kami akan tempah 4 atau 5 hari sebelum turun ke sungai. Apa yg menariknya disini bayaran sewaan bot adalah amat berpatutan iaitu RM70 untuk sehari termasuk minyak petrol secukupnya dan umpan anak udang juga disertakan, malah semua bot yg di sewa di pasang kajang atau bumbung untuk memberi keselesaan kepada pemancing. Ada sesetengah pemilik bot untuk activiti memancing udang di daerah lain kadang cuma menyediakan bot sahaja dan kadang bumbung pun tarak...Memang hangit ler di bakar matahari kalau tak tau nak park bot bawah pokok berembang.


Pukul 7.30 pagi kami sampai di jeti dan seperti biasa Pak Mail sudah pun menyediakan bot kami. Kami pun mula memunggah segala keperluan kedalam bot, apa yang penting adalah bekalan air yg banyak dan makanan, sebab kami akan berada dalam bot sehingga pukul 6 atau 7 petang. Sahabat saya Hazimin yg baru bejinak-jinak memancing udang sudah tidak sabar-sabar lg nak menduga sungai ini. Saya selaku tekong mula membawa bot menuju kehulu kerana air mula surut bermakna air masin mula keluar ke laut dan di hulu air mula tawar dan pada masa itu lah udang mula keluar untuk mengendap mangsa.
Umpun-umpun atau cacing nipah adalah umpan paling mujarab untuk menaikkan udang selain anak udang atau umpan ikan longkang.Ini adalah umpan wajib yg kami bawa, selain udang, ikan keli, ketuka atau baung mengemari umpan ini jadi tak payahlah nak try macam-macam sangat umpan. Kekadang kawan saya segala jenis umpan di bawa contoh macam isi kerang, isi ala-ala atau cacing gila. Malah ada yg bawak hati ayam atau isi perut ayam, tu yg bakal memanggil sang rangkak mendekati bot tu..menatang ni leh bau darah beratus meter jauhnya. Jadi terpulang pada korang..nak ikutkan petua ada yg suruh pakai stokin perempuan isi dengan kelapa parut yg di goreng sedikit sebagai bahan rasuah malah kalau bernasib baik udang akan tersanggkut pada stokin tersebut bila ianya cuba menyepit stokin tadi, Betul ke?? Ada pulak mengesyorkan untuk mengunakan sadin yang di tebuk lubang kecil-kecil dan tenggelamkan di bawah bot untuk menarik udang bekumpul. Pernahkah anda mencuba? sila kongsikan cara tersebut pada saya.


Hasil pagi memang memberangsangkan, tapi macam biasalah spesis pengacau iaitu ikan belukang atau anak kurau sering menghabiskan umpan. Tapi bagi rakan saya beliau amat teruja bila joran di sentap walaupun spesis pengacau tadi. Janji ada rasa tarik ikan katanya...
Waktu pagi memang waktu galak udang membaham umpan, apalagi waktu air mulai surut. Sebab itu kami sentiasa mencari waktu yg sesuai untuk memancing udang iaitu waktu air kecil, pastikan anda menyimpan jadual pasang surut air sungai dan mengetauhi akan waktu yg sesuai sebelum turun memancing jika tidak alamat kurang lah pendapatan kalau tak bernasib baik kumpau langsung, ikan pun tak dapat.
Saat matahari mula menegak, panas pun mula menggigit kulit, waktu begini dah kurang galak so kami akan start makan dulu bekal yang dibawa. Cabarannya bila baru nak makan spesis pengacau mula buat huru hara, kadang 3 atau 4 joran di usiknya, loceng signal yg kami pasang mula mengila deringannya, masa ni lah selera nak makan terbatas..adoi..

Namun itulah keseronokan yang kami dapat, walaupun hasilnya tak seberapa tapi kami berasa seronok menikmati suasana atas sampan. Hasil kali ni kurang memuaskan dimana abg ipar saya mendapat hasil udang lebih kurang hampir 2 kilo, rakan saya Hazimin dalam 300 gram dan saya sekilo..namun saiz yg agak kasar.
Tepat pukul 6 petang kami mula berangkat ke jeti dan pulang. Kepada sesapa yang berminat hendak menyewa bot boleh lah menghubungi Pak Mail di talian 012-6498414. Selamat mencuba!


Friday, 27 September 2013

Pancing Kolam Kok Kundang

Hari ni cuti so nak hilangkan bosan saya capai joran sebatang lalu saya menuju ke kolam Kok di Kundang melalui jalan baru dari arah Bandar Tasik Puteri. Kolam Kok berada di tengah-tengah perjalanan antara pekan Kundang ke Tasik Puteri. Ada diletakkan signboard yg agak sempoi di tepi jalan. Istimewanya kolam ni ialah bayaranya. Bayar RM6 dan pancing sampai lebam! Kalau dapat ikan rasa-rasa nak bawak balik boleh timbang dan bayar. Harga memang berpatutan. Ialah klu kolam pancing lain kena bayar deposit dulu RM30 pastu charge ikut jam, kalau dapat ikan ok ler, kalau x dapat? Bangauuuuuuu.... dan kolam Kok ni bayar satu joran dapat percuma sekilo ikan talapia ( pancing sendiri yek ). Saya kerap memancing kat sini untuk lepas gian dengar bunyi drag spool menjerit. Memang tak menghampakan. Kalau dapat campak balik ler ikan dalam kolam. Nak makan memang tidak la sebab kolam tu patin dia kalau dapat sekurang-kurangnya 4 kilo ke atas. Sape nak makan wei....banyak lemak. Jarang le nak dapat 500 gram ke bawah. Pacu atau tongsan pun size gadang. Paling mudah kalau pangcing kat sini tak payah bawak umpan pun tak apa sebab ada di sediakan umpan tauhu, memang ikan kat sini di beri makan tauhu untuk tumbesaran mereka, sebab tu kalau nak makan ikan kat sini tak berasa was was malah ikan-ikan disini kurang bau hanyir. Kalau ikan talapia selalunya amat hanyir tapi ikan disini takde berbau sangat. So hari ni hasil untuk kurang 3 jam dapat la 3 ekor..lenguh gak tangan ni..
Namun untuk pengetauhan anda, kolam Kok hanya di buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga maksimum 8 malam kerana disini tidak disediakan lampu, walaupun ada disediakan pondok tapi cuma beberapa buah saja. Dan tidak disediakan tandas cuma ada disediakan pondok kecil untuk melepas hajat kencing sahaja dan sisa kumbahan tersebut dibuang terus ke kolam besar. Ini yang kami selalu rasa kecewa terhadap pemilik kolam tersebut.


Tapi disebabkan keinginan untuk melawan tarikan patin saya lupakan sahaja kekurangan di kolam ini. Janji hati seronok!
 

Thursday, 26 September 2013

Self Introduction

Salam sejahtera kepada semua,
Laman blog yg saya create ini adalah percubaan pertama saya untuk cuba berinteraksi kepada mereka mereka yg secara tegar atau tidak dalam hobi memancing, tak kira lah mancing laut ke, mancing kolam ke atau mancing sungai. Mari kita berkongsi acara, petua, gambar atau pengalaman anda dalam bidang memancing ini. Harapan saya anda menyokong industri pemancingan yang makin diminati di Malaysia.Juga saya akan berkongsi ape jua aktiviti saya untuk perkongsian anda.

Wassalam.