Wednesday, 28 December 2016

Berkelana di Tasik kenyir

Ok..last week bersamaan 19hb 12 2016 aku bersama-sama geng sekampung buat lawatan sambil belajar ke Tasik Kenyir melalui pengkalan jeti Gawi dan mengunakan khidmat house bot kelah hunter.. Ini tahun kedua berturut-aku pegi dan mengunakan khidmat tekong yang sama so aku suggest korang book la tekong house boat ni coz bdk2 ni mmg rajin..boat pun bersih dan generator 24 jam dia org on..klu house boat lain malam je dia org on generator..so bole layan asto hbo 24 jam! last year turun gak tapi x berapa enjoy sebab masa tu aku cedera bahagia buku lali and legiment aku koyak sebelum bertolak ke Kenyir..so pergerakan aku sedikit terbatas. So tahun ni aku pulun habis pusing ceruk-ceruk anak sungai kot kot bole strike Kelah. Dari Sungai Cacing sampai la ke Gua Bewah aku redah cari spot boiling toman. Dapat la gak merasa sentapan anak-anak dara Toman dengan sebarau..tp kelah tak muncul tiba, nasib baik la ade pasang tajuh dengan rawai ( sikit je mata rawai tu..heheheh ) memang tak aci la pakai rawai tp tu lah takut tak merasa makan ikan tu lak ( jangan report kat KETENGAH ye..betul kita orang pakai rawai tp pakai mata sikit je..)😁

Kita orang ni mmg nak cari ketenangan lepas penat bekerja so kita org duduk dalam boat house ni kat tengah Tasik 4 hari 3 malam..aku rasa memang geng kita org je book lama bot ni..biasa orang lain 2 hari satu malam je..so mmg enjoy la..
Alhamdulillah hasil kali ni mmg memuaskan..dan puas la makan ikan hasil kita pancing sendiri..hasil yg ade  mcm ikan lampam,sebarau,kelah,baung,jelawat,toman,belida, tengas dan macam lg laa..ikan kepoh pun ade..dan untuk pengetauhan pada yang tak pernah rasa ikan Tasik Kenyir ni meh nak habaq hampa semua..

hasil sepetang
geng sekepala epol & budi
ikan sini mmg xde bau hanyir..aku ni kurang makan ikan darat tapi bila makan ikan hasil tasik ni memang aku bedal..kena tukang masak yg kita org import ni mmg pro..masak pindang mmg meletop!! siyes dow tak bau macam ikan kolam..so ni aku attach skit photo pengalaman aku kat sana..view some photo yg aku agak kagum gak la sebab aku sendiri yg snap dan edit pakai phone oppo aku..enjoy gais..

Gaya je lebih..hasil besor jari jek..huahahahahhahaahah
Layan sesorang kat sungai cacing
Otai layan lampam berkemban jek..hahahahahahahahahahahahahahaahahahhahha

Last port Gua Bewar
Ni la Tekong bot Kelah Hunter ni, Awe je aku panggil, rajin mamat ni,..banyak tolong kita orang cari ikan.   

Saturday, 19 March 2016

PERSEDIAAN DAN PETUA MEMANCING DI LAUT

 Salam bahagia semua,

Image result for set pancing lautHari ini saya ingin membincangkan tentang persediaan dan petua untuk mengelakkan mabuk ketika memancing di lautan. Seperti yang anda semua tahu persediaan untuk memancing di lautan dalam memerlukan kos yang agak tinggi berbanding dengan pancingan darat atau sungai atau kolam. dari segi alatan sahaja sudah menelan kos ribuan ringgit untuk set pancingan berat. Belum lagi untuk kos tali,perambut, batu ladung,gewang dan kos sewa bot. Apa lagi jika tempat yang bakal di tawan berjarak jauh dimana kos perjalanan bakal lebih tinggi seperti kos petrol, tol dan makan minum. Jadi, anda kena bersedia dengan perancangan yg betul bagi mengelakkan sebarang kekalutan.
Perkara utama adalah persedian mental dan fizikal. Ini bagi mengelakkan minda kita hanya focus pada pemancingan semata mata, selain dari memikirkan perkara- perkara yang bukan bukan seperti hal mabuk, ribut di tengah laut, karam dan macam-macam lagi yg mengganggu perasaan kita sebelum bertolak. Perkara paling penting sekali ialah tidur yang cukup sebelum turun ke laut. Ini perkara paling utama yang harus di beri perhatian kerana jika kita tidak dapat tidur yang mencukupi mengakibatkan kita akan rasa terganggu dengan macam macam perkara termasuk delusi diatas bot ( pada yang jarang turun ke laut ). Jadi di sini saya ingin berkongsi petua petua sebelum turun ke laut.
1. Seperti yg saya katakan tidur yang cukup adelah perkara yg paling penting..3 hari sebelum memulakan perjalanan hendak lah kita sentiasa menjaga waktu tidur kita. Sentiasa tidur awal waktu malam. Ini akan memulih kan badan yg penat sewaktu berkerja dan akan menstabilkan kembali body clock secara semula jadi. Apa lagi jika kita terpaksa bakal menempuh perjalanan yang jauh jika tempat yg di rancang berjarak beratus kilometer. Jadi badan akan sentiasa segar dan mengelakkan kita letih dan tidak bermaya. Ubat tahan mabuk juga ada kepentingan terutama yg jarang jarang turun laut untuk memancing. Saya cadangkan anda membeli sejenis ubat motion sickness bernama NOVOMIN. Bole didapati kat mana mana farmasi. Cuma dia ade rasa ngantuk sikit la.Tapi kalau dah teruk sangat mabuk saya nasihatkan bawak berehat dengan menelentang dan mengunakan bantal untuk meninggikan kepala. Jangan sesekali tidur rata tanpa bantal dan paling teruk tidur meniarap saya jamin anda akan muntah sampai lebam.Gelombang laut ni kadang tak menentu membuatkan pelampung pada gegendang telinga yg menstabilkan total gravity pada badan akan tak seimbang jadi kalau bole ikut alunan bot tersebut agar anda rasa relak.
2. Penyediaan peralatan memancing. Jika kita bukan pemancing laut yang tegar kita perlu bertanya pada pakar atau membuat rujukan di laman laman web atau blog blog yg memberikan info info tentang pancing. Peralatan utama untuk anda yang beginer biasa nya bole menggunakan joran joran separa ringan dan anda perlu tahu ikan apa yang anda target dalam pemancingan itu. Saya cadangkan anda membawa 2 set pancingan ringan , ini biasanya untuk kegunaan memancing secara apollo atau berada di kawasan pancingan yang berkedalaman kurang 100 meter dalam. Ia juga bole digunakan untuk memancing secara light jigging di kawasan yang berpotensi. Biasanya kita anda berasa malu jika kita bertujuan turun ke laut tapi membawa set pancingan kolam atau sungai. Anda tak perlu risau dan abaikan perkara tersebut kerana bukan semua tempat mempunyai potensi yang sama.
3.Kekili - Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar menjadi tapi teknik hanyut, jigging, popping dan tundaan. Jadi, tiga set kekili adalah minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk menghadapi sebarang bencana patah atau tercampak ke laut..
4.Joran - Untuk pancing dasar dan pancing tundaan sesuai kalau kita membawa panjang 2 meter (5.5 kaki) hingga 2.5 meter (6.5 kaki) dengan aksi berat 30/80 paun, 50/80 paun atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2 meter sangat sesuai untuk ikan bersaiz bawah 15kg. Kalau ikan bersaiz gadang seperti
kertang atau elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2 meter. Bagi popping, joran 2.5 meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).
5.Saiz tali - Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80 paun hingga 100 paun untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50 paun hingga 80 paun jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam (braided) 60 paun hingga 80 paun dan disambung dengan tangsi kekuatan 80 paun hingga 100 paun sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader).
6.Batu ladung - Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana berada di kawasan yang sama – Laut China Selatan. Biasanya memancing di laut hanya perlu membawa ladung mati bersaiz dari saiz 8 hingga 24 atau 32 jika di Pantai Barat. Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa ada ladung tambahan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus.
7. Perambut - Pastikan setiap trip laut dalam set perambut perlu dibawa berkekuatan minimum 30 paun hingga 100 paun tidak kira apa jenama atau harga. Gunakan perambut cerah atau sedikit kebiruan serta kehijauan dan seakan-akan warna air. Ada pemancing gemar menggunakan perambut keras dan sebaliknya. Kedua-duanya boleh digunakan asalkan perambut yang tahan kejutan (shock leader), tahan calar, tidak mudah kerinting atau bersimpul. Ada juga perambut di katakan memiliki tahap penglihatan amat rendah atau tiada langsung dalam air. Perambut ini juga dikenali sebagai perambut hantu (zero visibility).
Image result for jigging
8.Teknik - Jigging dan popping boleh gunakan perambut kasar sama ada siang dan malam tanpa masalah. Teknik memancing sudah nyatakan dan setiap jawapan bermula daripada pancing dasar (bottom) tundaan (trolling), hanyut (drifting), pertengahan air (mid), jigging, popping dan candat sekiranya perlu mendapatkan umpan sotong. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.Pancingan hanyut juga bole di praktikan menggunakan umpan hidup dan cara menghanyut menggunakan belon yg dilepas mengikut arah arus.
Image result for memancing belon hanyut 9.Waktu - Saya tidak dapat nyatakan dengan tepat kerana ia perlu dirujuk lokasi yang bakal dikunjungi. Lebih afdal kalau kita minta khidmat nasihat dan pandangan kaki pancing yang pernah berkunjung di kawasan tertentu atau tepat minta pandangan tekong yang bakal kita tempah. Untuk masa pula, ikan lebih aktif dan galak waktu malam hari dan setiap kali berlaku perubahan arus. Ketika tiada arus ikan biasanya pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut (masa) untuk satu-satu lokasi yang bakal kita kunjungi. Set penggera pada telefon bimbit untuk setiap kali akan berlaku perubahan pasang surut air kerana waktu inilah kita perlu berjaga-jaga dengan lenturan yang bakal dikecapi di hujung joran.
10.  Umpan - Jenis terbaik ialah bekalan ikan segar atau hidup yang diperoleh atau dipancing ketika perjalanan ke destinasi, membelinya di pasar atau di jeti. Umpan jenis ini adalah prasyarat utama kejayaan misi memancing kerana kesegaran dan keberkesanannya. Jenis umpan seperti ikan pelaling (murah), selayang, ikan tongkol dan sotong pasar mencukupi untuk setiap trip. Biasanya tekong akan membekal kan umpan seperti anak bilis atau ikan belanak sebagai bekalan. Selain itu keperluan segala jenis dan saiz gewang sangat diperlukan untuk trip ini cuma anda faham sajalah kos untuk perlatan gewang laut ni memang amat mahal.
Image result for hasil laut
Apa pun dalam hal memancing sebenarnya kita hanya perlukan TUAH dan QADA QADAR dari yg Esa sebab walau macam mana pun korang buat persediaan, beratus ratus keluar kan modal tapi kalau tuah tu takde memang jadi bangau laaa... Kwak kwak kwak!

Selamat Memancing Trip Anda...

Friday, 18 October 2013

KAIL LAUT MERSING

Penghujung Syawal iaitu pada 28hb Ogos, saya terpanggil untuk menyertai jiran saya untuk mengail ikan di lautan Mersing berdekatan dengan Pulau Pemanggil di Johor. Perjalanan dari Meru ke jeti Tanjung Leman memakan masa hampir 7 jam. Kami bertolak lebih kurang pukul 12.30 pagi dan sampai ke destinasi pukul 7 pagi. Mengikut pengiraan saya kami berhenti rehat sebentar di tiga kawasan rehat dan rawat di sepanjang laluan lebuh raya dan kami bersarapan pagi di simpang terakhir laluan ke jeti Tanjung Leman dari Felda Tenggaroh. Agak mencabar laluan felda tersebut pada waktu subuh yang dipenuhi tanaman kelapa sawit apatah lagi keaadaan jalan yang gelap dan ditambah pula pandangan kami di selaputi embun tebal sepanjang pejalanan di daerah tersebut.
VIEW DARI JETI TANJUNG LEMAN

Saya yang sememangnya jarang memancing di laut dalam amat teruja untuk menyertai jiran saya ini apatah lagi bayaraan bot dan penginapan dibiyai sepenuhnya oleh seorang kontraktor berbangsa cina iaitu kenalan jiran saya. Jiran saya yang saya panggil sebagai Abang Halim merupakan seorang ketua audit untuk projek-projek besar dalam sektor pembinaan, jadi ramai kenalan beliau merupakan kontraktor besar berlesen kelas A. Kali terakhir saya memancing di laut dalam adalah pada 8 tahun lepas di Pulau Sembilan Lumut Perak. Itu pun saya mengalami mabuk yang membataskan aktiviti saya dia atas bos. Mungkin sebab saya tidak bersedia dari segi fizikal dan mental juga keaadan bot yang agak kecil dan berserabut. Malah sepanjang perjalan dia atas bot kami disajikan dengan aroma minyak diesel yang agak kuat.
Di sebabkan keterujaan saya untuk mengalami pengalaman memancing ikan laut dalam, saya melayari beberapa laman web untuk mencari segala petua untuk berada di lautan dari segi petua elak mabuk, peralatan memancing dan keperluan keselamatan yang perlu di guna pakai semasa kecemasan. Manalah tahu sesuatu tak di duga akan berlaku. Kita merancang namun tuhan yang menentukan. Dari segi fizikal dan mental saya hanya perlu waktu tidur yang cukup seminggu sebelum belayar dan mind set kena kosong dan yakin kan diri yang anda tak akan mabuk dan tiada apa-apa yang bakal berlaku. Ini penting kerana jika kita berkeadaan letih tidak cukup tidur dan anda mula risau yang anda akan mabuk sehingga menyusahkan rakan lain maka anda akan rasa runsing dan hilang focus untuk memancing dan masa itulah anda akan mengalami bermacam-macam hal dalam kepala yang mengakibatkan anda mabuk atau terus takut untuk berada di tepi bot. Jadi nasihat saya abaikan apa-apa prasangka buruk, kurangkan pergerakkan dan kurangkan menunduk kepala untuk melakukan sesuatu dia atas bot. Minum air secukupnya dan elakkan tidur secara mendatar tanpa alas di bahagian kepala. In Shaa Allah anda tidak akan mabuk. Sebab dengan petua-petua yang saya amalkan tadi saya langsung tidak mengalami mabuk sedikit pun walaupun sudah bertahun saya tidak belayar kelaut. Mungkin kekerapan saya menjadi tekong bot semasa memancing udang di sungai memberi kelebihan saya untuk berasa selesa di atas laut selams 3 hari.
Setelah sampai di jeti Tanjung Leman, kami disambut oleh pemilik bot dan segala peratan kami di punggah ke dalam bot. Saya bertambah teruja bila bot yang bakal kami gunakan bersaiz agak besar malah kelihatan bersih di bahagian dalam. Dapur masak juga amat bersih dan selesa. Penjalan kami dari jeti Tanjung Leman ke chalet tempat kediaman kami selama 3 hari mengambil masa 45 minit iaitu pulau yang dikenali sebagai Pulau Sibu.
                                                                                                                                                           
 Setibanya kami di Pulau Sibu kami meninggal kan beg pakaian dan barang-barang yang tidak perlu bagi mengurangkan beban dan memberi keselesaan di ruang dalaman bot. Pulau Sibu, adalah pulau yang sungguh indah pada pandangan saya dimana memang sepanjang persisiran pantainya amay bersih dan lebih mengkagumkan air lautnya begitu jernih sehingga kita dapat melihat segala hidupan marin dan karang dari atas jeti. Malah tekong bakal memberi tunjuk ajar untuk mencandat sotong hanya dari atas jeti pada sebelah malam.
VIEW DARI JETI PULAU SIBU
    Selepas semua barang keperluan untuk berada dilaut telah siap kami pun bertolak dari jeti lebih kurang pukul 11 pagi menuju ke kawasan unjang yang telah tersedia ada berdekatan Pulau Pemanggil. Tujuan ke unjang tersebut adalah untuk mencari ikan umpan seperti gelama, selar, kembung dan ikan kunyit. Memang seronok melayan spesis ikan bekawanan di kawasan unjang tersebut. Bayangkan mata apollo yang bermata 6 penuh dengan ikan setiap kali di angkat. Letak saja 2 minit bermacam ikan sangkut di mata kail. Sampai lenguh tangan melayan joran ringan tersebut. Tidak sampai 2 jam sudah penuh 2 ice box coldman bersaiz sederhana besar. Kami yang sangat pada awalnya teruja untuk melayan ikan yang lebih besar terus lupa untuk membaling umpan menggunakan rod laut dalam sebab terlalu seronok melayan apollo. Segala ibu dan anak selar, kembong dan gelama kami tapau. Paling seronok kerapu bangla pun banyak yang kami daratkan dan saiznya juga agak besar juga. Memang kawasan unjang ini amat popular di kalangan pemancing kerana ramai tekong bot akan berlabuh disini mencari sebelum membawa pemancing ke kawasan yang lebih dalam.
                                             
Setelah merasa cukup umpan yang kami pancing, kami pun mula belayar ke kawasan pancingang yang berkedalaman lebih kurang 200 meter untuk mencari ikan seperti Alu alu, Ebek, Kerapu Bara atau Ikan Merah. Setelah tekong mendapat spot yang agak bagus kami pun memulakan dengan pancingan bottom dengan menggunakan umpan selar atau sotong. Sambil itu rakan saya menggunakan cara pancingan hanyut dengan berumpankan kembung hidup dan menggunakan belon sebagai pelampong atau signal. Rupanya dengan cara itu ternyata berbaloi dimana kurang setengah jam umpan hanyut tersebut terue disambar ikan Baraccuda atau alu alu. Di sebab kan pancingan cara hanyut tidak menggunakan batu ladung maka melayan joran adalah amat mencabar dan seronok kerana pemancing hanya merasa berat ikan menarik tali tanpa merasa beban batu sebagaimana pancingan secara dasar yang menggunakan ladung yang bersaiz besar. Kami yang melihat berasa seronok melihat rakan melayan henjutan Alu alu tersebut. Dan bermula dari saat itu joran rakan yang lain mula mendapatkan henjutan demi henjutan hingga kerap kali terjadinya double hook dan ruang tepi bot mula kelam kabut. Mana tidaknya, setiap pemancing menggunakan 2 atau 3 joran, jadi memang tak terlayan la..bermacam-macam ikan kami daratkan seperti kerapu, Alu Alu, Ebek , Yu cicak dan lain lain.

       Memang seronok apa lagi semua rakan rakan langsung tidak ada tanda mabuk , jadi semua dapat bekerjasama mendaratkan ikan. Saya benar-benar merasa puas kerana impian saya untuk memancing ikan laut dalam tercapai. Perjalanan saya selama tiga hari di lautan amat berbaloi apatah lagi saya bebas dari mabuk yang pada awalnya menghantui diri saya.
   Seperti yang saya katakan tadi, untuk mengelakkan mabuk dilaut sebenarnya kita memerlukan kekuatan mental, mind set kena focus perkara yang positif selain melayan alunan ombak bagai berada di atas jonkang jongkit. Selain itu perlunya kita menyedut udara segar di atas bot bagi meringankan kepala yang mula mual dan bergelora. In Sha Allah anda akan berasa selesa. Apa yang saya dapat katakan untuk trip kali ini ialah amat puas hati dan mungkin lain kali jika ada peluang untuk datang lagi ke Pulau ini saya akan lebih bersedia dari segi peralatan dan jadual yang lebih teratur.



Tuesday, 1 October 2013

Haruan Lombong Jalan Monyet

Baru-baru ini saya tergerak hati hendak memancing ikan di satu tasik besar di laluan antara Rawang ke jalan Kundang. Laluan dari arah Aeon Anggun Rawang ke arah Tasik Puteri anda akan menemui simpang ke Kundang sebelah kiri. Jalan ini juga dikenali sebagai Jalan Monyet oleh penduduk sekitar. Ia kerana jika anda melalui jalan tersebut anda akan melihat puluhan monyet berada di tepi jalan menunggu pemandu-pemandu yang prihatin melempar lebihan makanan ke arah mereka. Rata-rata ramai pemandu akan menghentikan kenderaan mereka untuk memberi makanan sambil bergurau dengan haiwan-haiwan ini. Oleh sebab itu mereka menggelarkan jalan tersebut sebagai Jalan Monyet.
Berbekal set joran ringan bait caster Abu pro Max, saya meredah semak samun dan meranduk air parit kecil untuk masuk ke bahagian tepi tasik tersebut bagi memudahkan saya melontar popper, namun terlampau banyak pokok-pokok yang menghalang batang joran untuk di lontar. Lebih ngeri lagi kaki saya di serang oleh pacat hutan sebesar batang pensil! Sumpah saya amat ngeri dan geli dengan size lintah tersebut apatah lagi yang memanjat kaki lebih dari 3 ekot. Nasib baik saya bawa rokok dan saya tenyeh bara rokok ke badan pacat ter sebut...
Setelah menemui spot yang sesuai saya mulakan dengan menggunakan gewang jenis spoon. Namun setelah belasan balingan langsung tak bersambut walaupun saya nampak ada kelibat anak toman yang mengejar bila spoon yang saya karau hampir sampai ke tebing. Lalu saya tukar strategi menggunakan popper Ofmer, dan setelah 3 kali balingan gewang saya bersambut agar keras dan tali kekili saya di tarik deras. Saya rasakan ikan yang menyentap umpan ini jika tidak toman pasti kaloi. Tetapi saya lihat kelibat ikan tersebut berwarna hitam dan panjang. Tali saya bersimpang siur di bawa oleh ikan tersebut namun saya tetap bertahan, apa yang merisaukan saya ialah jika ikan tersebut membawa gewang masuk ke bawah pohon menjalar dan berduri yang biasa banyak tumbuh di kawasan tasik atau lombong tinggal.
Setelah hampit 15 minit melayan kerenah ikan tersebut akhirnya haiwan tersebut mengalah ketebing dan baru lah jelas ikan tersebut adalah ikan haruan yg bersaiz agak besar lebih kurang sebesar lengan orang dewasa yang saya agak dalam anggaran 2kilorgram lebih..di sebabkan saya berseorangan maka sukar sedikit hendak mengambil gambar jadi agak mengecewakan sedikit gambar yang saya sertakan ini.


Selepas ambil gambar lebih kurang, saya lepaskan semula ikan tersebut ke tempat asal nya supaya ianya akan membiakkan lebih banyak zuriat kerana ikan ini juga spesis yang terancam sejak pengamal perubatan mengesahkan spesis ini amat mujarab untuk memulihkan pelbagai masalah penyakit kronik dan ini menjadikan kan nya spesis buruan. Malah harganya makin meningkat di kedai-kedai yang menjual spesis ini sehingga RM20 sekilo!
 Disebabkan hujan mulai turun saya rasa lebih baik saya keluar dari kawasan belukar ini kerana saya pasti laluan masuk tadi akan di tenggelami air dah ini bakal menyukarkan saya untuk keluar kejalan besar dan mengelakkan sang pacat datang menyerang bila kawasan situ mulai basah.

Monday, 30 September 2013

Pancing Udang Sg Selangor

Tanggal 28hb Sept 2013, atau ikut bulan Islam bersamaan 22 Zulkaedah saya bersama rakan sejawat dan abang ipar saya meluang masa cuti hari minggu memancing udang di Sg Selangor melalui jeti Pasir Penambang berhampiran jambatan yg merentas sungai dari arah Pekan Kuala Selangor, Kami biasanya telah awal-awal menempah bot dengan pemilik bot bernama Pak Mail, beliau mempunyai lebih 8 bot jika tidak salah, setiap hari minggu jika keaadaan air sungai yang sesuai iaitu tidak waktu pasang besar ramai yg menempah bot Pak Mail ni, jadi untuk mengelak tidak dapat bot kami akan tempah 4 atau 5 hari sebelum turun ke sungai. Apa yg menariknya disini bayaran sewaan bot adalah amat berpatutan iaitu RM70 untuk sehari termasuk minyak petrol secukupnya dan umpan anak udang juga disertakan, malah semua bot yg di sewa di pasang kajang atau bumbung untuk memberi keselesaan kepada pemancing. Ada sesetengah pemilik bot untuk activiti memancing udang di daerah lain kadang cuma menyediakan bot sahaja dan kadang bumbung pun tarak...Memang hangit ler di bakar matahari kalau tak tau nak park bot bawah pokok berembang.


Pukul 7.30 pagi kami sampai di jeti dan seperti biasa Pak Mail sudah pun menyediakan bot kami. Kami pun mula memunggah segala keperluan kedalam bot, apa yang penting adalah bekalan air yg banyak dan makanan, sebab kami akan berada dalam bot sehingga pukul 6 atau 7 petang. Sahabat saya Hazimin yg baru bejinak-jinak memancing udang sudah tidak sabar-sabar lg nak menduga sungai ini. Saya selaku tekong mula membawa bot menuju kehulu kerana air mula surut bermakna air masin mula keluar ke laut dan di hulu air mula tawar dan pada masa itu lah udang mula keluar untuk mengendap mangsa.
Umpun-umpun atau cacing nipah adalah umpan paling mujarab untuk menaikkan udang selain anak udang atau umpan ikan longkang.Ini adalah umpan wajib yg kami bawa, selain udang, ikan keli, ketuka atau baung mengemari umpan ini jadi tak payahlah nak try macam-macam sangat umpan. Kekadang kawan saya segala jenis umpan di bawa contoh macam isi kerang, isi ala-ala atau cacing gila. Malah ada yg bawak hati ayam atau isi perut ayam, tu yg bakal memanggil sang rangkak mendekati bot tu..menatang ni leh bau darah beratus meter jauhnya. Jadi terpulang pada korang..nak ikutkan petua ada yg suruh pakai stokin perempuan isi dengan kelapa parut yg di goreng sedikit sebagai bahan rasuah malah kalau bernasib baik udang akan tersanggkut pada stokin tersebut bila ianya cuba menyepit stokin tadi, Betul ke?? Ada pulak mengesyorkan untuk mengunakan sadin yang di tebuk lubang kecil-kecil dan tenggelamkan di bawah bot untuk menarik udang bekumpul. Pernahkah anda mencuba? sila kongsikan cara tersebut pada saya.


Hasil pagi memang memberangsangkan, tapi macam biasalah spesis pengacau iaitu ikan belukang atau anak kurau sering menghabiskan umpan. Tapi bagi rakan saya beliau amat teruja bila joran di sentap walaupun spesis pengacau tadi. Janji ada rasa tarik ikan katanya...
Waktu pagi memang waktu galak udang membaham umpan, apalagi waktu air mulai surut. Sebab itu kami sentiasa mencari waktu yg sesuai untuk memancing udang iaitu waktu air kecil, pastikan anda menyimpan jadual pasang surut air sungai dan mengetauhi akan waktu yg sesuai sebelum turun memancing jika tidak alamat kurang lah pendapatan kalau tak bernasib baik kumpau langsung, ikan pun tak dapat.
Saat matahari mula menegak, panas pun mula menggigit kulit, waktu begini dah kurang galak so kami akan start makan dulu bekal yang dibawa. Cabarannya bila baru nak makan spesis pengacau mula buat huru hara, kadang 3 atau 4 joran di usiknya, loceng signal yg kami pasang mula mengila deringannya, masa ni lah selera nak makan terbatas..adoi..

Namun itulah keseronokan yang kami dapat, walaupun hasilnya tak seberapa tapi kami berasa seronok menikmati suasana atas sampan. Hasil kali ni kurang memuaskan dimana abg ipar saya mendapat hasil udang lebih kurang hampir 2 kilo, rakan saya Hazimin dalam 300 gram dan saya sekilo..namun saiz yg agak kasar.
Tepat pukul 6 petang kami mula berangkat ke jeti dan pulang. Kepada sesapa yang berminat hendak menyewa bot boleh lah menghubungi Pak Mail di talian 012-6498414. Selamat mencuba!


Friday, 27 September 2013

Pancing Kolam Kok Kundang

Hari ni cuti so nak hilangkan bosan saya capai joran sebatang lalu saya menuju ke kolam Kok di Kundang melalui jalan baru dari arah Bandar Tasik Puteri. Kolam Kok berada di tengah-tengah perjalanan antara pekan Kundang ke Tasik Puteri. Ada diletakkan signboard yg agak sempoi di tepi jalan. Istimewanya kolam ni ialah bayaranya. Bayar RM6 dan pancing sampai lebam! Kalau dapat ikan rasa-rasa nak bawak balik boleh timbang dan bayar. Harga memang berpatutan. Ialah klu kolam pancing lain kena bayar deposit dulu RM30 pastu charge ikut jam, kalau dapat ikan ok ler, kalau x dapat? Bangauuuuuuu.... dan kolam Kok ni bayar satu joran dapat percuma sekilo ikan talapia ( pancing sendiri yek ). Saya kerap memancing kat sini untuk lepas gian dengar bunyi drag spool menjerit. Memang tak menghampakan. Kalau dapat campak balik ler ikan dalam kolam. Nak makan memang tidak la sebab kolam tu patin dia kalau dapat sekurang-kurangnya 4 kilo ke atas. Sape nak makan wei....banyak lemak. Jarang le nak dapat 500 gram ke bawah. Pacu atau tongsan pun size gadang. Paling mudah kalau pangcing kat sini tak payah bawak umpan pun tak apa sebab ada di sediakan umpan tauhu, memang ikan kat sini di beri makan tauhu untuk tumbesaran mereka, sebab tu kalau nak makan ikan kat sini tak berasa was was malah ikan-ikan disini kurang bau hanyir. Kalau ikan talapia selalunya amat hanyir tapi ikan disini takde berbau sangat. So hari ni hasil untuk kurang 3 jam dapat la 3 ekor..lenguh gak tangan ni..
Namun untuk pengetauhan anda, kolam Kok hanya di buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga maksimum 8 malam kerana disini tidak disediakan lampu, walaupun ada disediakan pondok tapi cuma beberapa buah saja. Dan tidak disediakan tandas cuma ada disediakan pondok kecil untuk melepas hajat kencing sahaja dan sisa kumbahan tersebut dibuang terus ke kolam besar. Ini yang kami selalu rasa kecewa terhadap pemilik kolam tersebut.


Tapi disebabkan keinginan untuk melawan tarikan patin saya lupakan sahaja kekurangan di kolam ini. Janji hati seronok!