Salam bahagia semua,
Hari ini saya ingin membincangkan tentang persediaan dan petua untuk mengelakkan mabuk ketika memancing di lautan. Seperti yang anda semua tahu persediaan untuk memancing di lautan dalam memerlukan kos yang agak tinggi berbanding dengan pancingan darat atau sungai atau kolam. dari segi alatan sahaja sudah menelan kos ribuan ringgit untuk set pancingan berat. Belum lagi untuk kos tali,perambut, batu ladung,gewang dan kos sewa bot. Apa lagi jika tempat yang bakal di tawan berjarak jauh dimana kos perjalanan bakal lebih tinggi seperti kos petrol, tol dan makan minum. Jadi, anda kena bersedia dengan perancangan yg betul bagi mengelakkan sebarang kekalutan.
Perkara utama adalah persedian mental dan fizikal. Ini bagi mengelakkan minda kita hanya focus pada pemancingan semata mata, selain dari memikirkan perkara- perkara yang bukan bukan seperti hal mabuk, ribut di tengah laut, karam dan macam-macam lagi yg mengganggu perasaan kita sebelum bertolak. Perkara paling penting sekali ialah tidur yang cukup sebelum turun ke laut. Ini perkara paling utama yang harus di beri perhatian kerana jika kita tidak dapat tidur yang mencukupi mengakibatkan kita akan rasa terganggu dengan macam macam perkara termasuk delusi diatas bot ( pada yang jarang turun ke laut ). Jadi di sini saya ingin berkongsi petua petua sebelum turun ke laut.
1. Seperti yg saya katakan tidur yang cukup adelah perkara yg paling penting..3 hari sebelum memulakan perjalanan hendak lah kita sentiasa menjaga waktu tidur kita. Sentiasa tidur awal waktu malam. Ini akan memulih kan badan yg penat sewaktu berkerja dan akan menstabilkan kembali body clock secara semula jadi. Apa lagi jika kita terpaksa bakal menempuh perjalanan yang jauh jika tempat yg di rancang berjarak beratus kilometer. Jadi badan akan sentiasa segar dan mengelakkan kita letih dan tidak bermaya. Ubat tahan mabuk juga ada kepentingan terutama yg jarang jarang turun laut untuk memancing. Saya cadangkan anda membeli sejenis ubat motion sickness bernama NOVOMIN. Bole didapati kat mana mana farmasi. Cuma dia ade rasa ngantuk sikit la.Tapi kalau dah teruk sangat mabuk saya nasihatkan bawak berehat dengan menelentang dan mengunakan bantal untuk meninggikan kepala. Jangan sesekali tidur rata tanpa bantal dan paling teruk tidur meniarap saya jamin anda akan muntah sampai lebam.Gelombang laut ni kadang tak menentu membuatkan pelampung pada gegendang telinga yg menstabilkan total gravity pada badan akan tak seimbang jadi kalau bole ikut alunan bot tersebut agar anda rasa relak.
2. Penyediaan peralatan memancing. Jika kita bukan pemancing laut yang tegar kita perlu bertanya pada pakar atau membuat rujukan di laman laman web atau blog blog yg memberikan info info tentang pancing. Peralatan utama untuk anda yang beginer biasa nya bole menggunakan joran joran separa ringan dan anda perlu tahu ikan apa yang anda target dalam pemancingan itu. Saya cadangkan anda membawa 2 set pancingan ringan , ini biasanya untuk kegunaan memancing secara apollo atau berada di kawasan pancingan yang berkedalaman kurang 100 meter dalam. Ia juga bole digunakan untuk memancing secara light jigging di kawasan yang berpotensi. Biasanya kita anda berasa malu jika kita bertujuan turun ke laut tapi membawa set pancingan kolam atau sungai. Anda tak perlu risau dan abaikan perkara tersebut kerana bukan semua tempat mempunyai potensi yang sama.
3.Kekili - Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar
menjadi tapi teknik hanyut, jigging, popping dan tundaan. Jadi, tiga set
kekili adalah minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk
menghadapi sebarang bencana patah atau tercampak ke laut..Perkara utama adalah persedian mental dan fizikal. Ini bagi mengelakkan minda kita hanya focus pada pemancingan semata mata, selain dari memikirkan perkara- perkara yang bukan bukan seperti hal mabuk, ribut di tengah laut, karam dan macam-macam lagi yg mengganggu perasaan kita sebelum bertolak. Perkara paling penting sekali ialah tidur yang cukup sebelum turun ke laut. Ini perkara paling utama yang harus di beri perhatian kerana jika kita tidak dapat tidur yang mencukupi mengakibatkan kita akan rasa terganggu dengan macam macam perkara termasuk delusi diatas bot ( pada yang jarang turun ke laut ). Jadi di sini saya ingin berkongsi petua petua sebelum turun ke laut.
1. Seperti yg saya katakan tidur yang cukup adelah perkara yg paling penting..3 hari sebelum memulakan perjalanan hendak lah kita sentiasa menjaga waktu tidur kita. Sentiasa tidur awal waktu malam. Ini akan memulih kan badan yg penat sewaktu berkerja dan akan menstabilkan kembali body clock secara semula jadi. Apa lagi jika kita terpaksa bakal menempuh perjalanan yang jauh jika tempat yg di rancang berjarak beratus kilometer. Jadi badan akan sentiasa segar dan mengelakkan kita letih dan tidak bermaya. Ubat tahan mabuk juga ada kepentingan terutama yg jarang jarang turun laut untuk memancing. Saya cadangkan anda membeli sejenis ubat motion sickness bernama NOVOMIN. Bole didapati kat mana mana farmasi. Cuma dia ade rasa ngantuk sikit la.Tapi kalau dah teruk sangat mabuk saya nasihatkan bawak berehat dengan menelentang dan mengunakan bantal untuk meninggikan kepala. Jangan sesekali tidur rata tanpa bantal dan paling teruk tidur meniarap saya jamin anda akan muntah sampai lebam.Gelombang laut ni kadang tak menentu membuatkan pelampung pada gegendang telinga yg menstabilkan total gravity pada badan akan tak seimbang jadi kalau bole ikut alunan bot tersebut agar anda rasa relak.
2. Penyediaan peralatan memancing. Jika kita bukan pemancing laut yang tegar kita perlu bertanya pada pakar atau membuat rujukan di laman laman web atau blog blog yg memberikan info info tentang pancing. Peralatan utama untuk anda yang beginer biasa nya bole menggunakan joran joran separa ringan dan anda perlu tahu ikan apa yang anda target dalam pemancingan itu. Saya cadangkan anda membawa 2 set pancingan ringan , ini biasanya untuk kegunaan memancing secara apollo atau berada di kawasan pancingan yang berkedalaman kurang 100 meter dalam. Ia juga bole digunakan untuk memancing secara light jigging di kawasan yang berpotensi. Biasanya kita anda berasa malu jika kita bertujuan turun ke laut tapi membawa set pancingan kolam atau sungai. Anda tak perlu risau dan abaikan perkara tersebut kerana bukan semua tempat mempunyai potensi yang sama.
4.Joran - Untuk pancing dasar dan pancing tundaan sesuai kalau kita membawa panjang 2 meter (5.5 kaki) hingga 2.5 meter (6.5 kaki) dengan aksi berat 30/80 paun, 50/80 paun atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2 meter sangat sesuai untuk ikan bersaiz bawah 15kg. Kalau ikan bersaiz gadang seperti
kertang atau elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2 meter. Bagi popping, joran 2.5 meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).
5.Saiz tali - Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80 paun hingga 100 paun untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50 paun hingga 80 paun jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam (braided) 60 paun hingga 80 paun dan disambung dengan tangsi kekuatan 80 paun hingga 100 paun sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader).
6.Batu ladung - Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana berada di kawasan yang sama – Laut China Selatan. Biasanya memancing di laut hanya perlu membawa ladung mati bersaiz dari saiz 8 hingga 24 atau 32 jika di Pantai Barat. Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa ada ladung tambahan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus.
7. Perambut - Pastikan setiap trip laut dalam set perambut perlu dibawa berkekuatan minimum 30 paun hingga 100 paun tidak kira apa jenama atau harga. Gunakan perambut cerah atau sedikit kebiruan serta kehijauan dan seakan-akan warna air. Ada pemancing gemar menggunakan perambut keras dan sebaliknya. Kedua-duanya boleh digunakan asalkan perambut yang tahan kejutan (shock leader), tahan calar, tidak mudah kerinting atau bersimpul. Ada juga perambut di katakan memiliki tahap penglihatan amat rendah atau tiada langsung dalam air. Perambut ini juga dikenali sebagai perambut hantu (zero visibility).
8.Teknik - Jigging dan popping boleh gunakan perambut kasar sama ada siang dan malam tanpa masalah. Teknik memancing sudah nyatakan dan setiap jawapan bermula daripada pancing dasar (bottom) tundaan (trolling), hanyut (drifting), pertengahan air (mid), jigging, popping dan candat sekiranya perlu mendapatkan umpan sotong. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.Pancingan hanyut juga bole di praktikan menggunakan umpan hidup dan cara menghanyut menggunakan belon yg dilepas mengikut arah arus.
9.Waktu - Saya tidak dapat nyatakan dengan tepat kerana ia perlu dirujuk lokasi yang bakal dikunjungi. Lebih afdal kalau kita minta khidmat nasihat dan pandangan kaki pancing yang pernah berkunjung di kawasan tertentu atau tepat minta pandangan tekong yang bakal kita tempah. Untuk masa pula, ikan lebih aktif dan galak waktu malam hari dan setiap kali berlaku perubahan arus. Ketika tiada arus ikan biasanya pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut (masa) untuk satu-satu lokasi yang bakal kita kunjungi. Set penggera pada telefon bimbit untuk setiap kali akan berlaku perubahan pasang surut air kerana waktu inilah kita perlu berjaga-jaga dengan lenturan yang bakal dikecapi di hujung joran.
10. Umpan - Jenis terbaik ialah bekalan ikan segar atau hidup yang diperoleh atau dipancing ketika perjalanan ke destinasi, membelinya di pasar atau di jeti. Umpan jenis ini adalah prasyarat utama kejayaan misi memancing kerana kesegaran dan keberkesanannya. Jenis umpan seperti ikan pelaling (murah), selayang, ikan tongkol dan sotong pasar mencukupi untuk setiap trip. Biasanya tekong akan membekal kan umpan seperti anak bilis atau ikan belanak sebagai bekalan. Selain itu keperluan segala jenis dan saiz gewang sangat diperlukan untuk trip ini cuma anda faham sajalah kos untuk perlatan gewang laut ni memang amat mahal.
Apa pun dalam hal memancing sebenarnya kita hanya perlukan TUAH dan QADA QADAR dari yg Esa sebab walau macam mana pun korang buat persediaan, beratus ratus keluar kan modal tapi kalau tuah tu takde memang jadi bangau laaa... Kwak kwak kwak!
Selamat Memancing Trip Anda...
terbaikkk...
ReplyDelete